Muka depan

Apa Ertinya Saya Mempelajari Silat?

Memang ramai orang yg suka belajar silat, tetapi tidak semua mempunyai matlamat yg sama. Ada yg belajar kerana terpengaruh dengan filem-filem aksi atau kungfu, atau inginkan ilmu yg boleh mempertahankan diri, dan sebagainya. Namun sangat sedikit orang yg memahami tujuan dan matlamat yg jelas dalam mempelajari silat, itulah sebabnya kita perhatikan pada mula pendaftaran, berbondong-bondong umat yg mendaftar tetapi berapa ramai saja yg tamat? Dan berapa ramai saja yg masih aktif walaupun sudah tamat?

Maka apakah sebenarnya yg mengikat orang² yg masih setia menjadi penunggu padang setiap kali latihan diadakan? Adakah mereka ini sudah tidak ada kerja lain yg nak dibuat, atau sekadar turun berjumpa rakan² berborak kosong tentang filem Hindustan dan isu² panas artis terkini?

Mempelajari silat ini bukanlah terhenti setakat hobi atau minat semata-mata, malah lebih merupakan tanggungjawab dan erti kehidupan bagi mereka yg mengetahui. Jika tidak, masakan Allahyarham Ustaz Hanafi dulu begitu bersungguh² menyebarkan seni silat ini hingga sanggup merantau beribu-ribu batu dan membahayakan nyawa sendiri. Sudah pasti ada sesuatu yg amat bernilai yg ingin disampaikan oleh beliau kpd masyarakat. Dan kita lihat betapa usahanya itu membuahkan kejayaan gemilang sepertimana yg kita lihat pada hari ini.

Jika kita menyorot kembali sejarah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. kita akan nampak lebih jelas lagi. Baginda telah bersusah payah menyebarkan Islam hingga disakiti, tercedera, dipulau beberapa tahun, dan begitu banyak lagi cabaran. Adakah Kekasih Allah ini tidak boleh berdoa saja kpd Allah untuk menjadikannya kebal atau mempunyai kuasa-kuasa ajaib spt yg kita tonton di televisyen untuk memudahkan usahanya? Baginda tetap juga bersabar dan sama² turun membawa pedang berperang dgn para sahabat, walaupun baginda orang yg paling rapat dgn Allah S.W.T.

Maka inilah persoalan yg harus kita renungi dan hadamkan dlm fikiran, bahawa mempelajari silat ini bukan sekadar suatu aktiviti mengisi masa lapang spt mengumpul setem dan mendengar radio, tetapi adalah sebahagian daripada kehidupan kita, bahkan menjadi ibadah untuk kita. Janganlah kita mensia-siakan masa belajar silat begitu saja, seharusnya kita gali mutiara yg tersimpan di dalamnya, kerana ia tidak sama dgn seni pertahanan diri lain. Ia adalah warisan keturunan kita zaman-berzaman, yg telah diadun selari dgn kefahaman Islam. Warisan yg tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas...

Wallahu a'lam.

Sejarah & Salasilah
Sistem pembelajaran & Buah
organisasi kelab
aktiviti terkini
Download wallpaper CH
Gambar kenangan & karya ahli
Segmen rohani
Koleksi petua kesihatan

 

DOWNLOADS

Sila berikan komen anda

Pesanan & perbincangan

Laman rasmi Cekak Hanafi:

Design T-shirt Silat Cekak Hanafi UIA

 
View Guestbook
Sign Guestbook

Powered by counter.bloke.com
 

» webmaster «
Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia