Pertandingan Wajadiri IPT 2004

   Pertandingan Wajadiri IPT 2004 telah diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak. Buat julung kalinya, pertandingan ini memperuntukkan semua kategori acara untuk peserta lelaki dan wanita. Pertandingan ini telah diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 3 dan 4 hb July 2004.

   Kelab Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UIAM telah menghantar seramai 34 orang peserta, 17 lelaki dan 17 wanita untuk mengambil bahagian dalam semua kategori yang dipertandingkan. Pasukan Wajadiri UIAM diketuai oleh sdr. Ahmad Karami Abd. Lazid (mantan Presiden KSSCUHUIAM) dan pengurusnya sdr. Wan Mohd. Ezuwan Enjah. Berikut adalah keputusan pertandingan:

Johan Serangan Tongkat (Wanita)
Johan Serangan Atas Papan Sekeping Tangan Kosong (Wanita)
Naib Johan Serangan Pisau (Wanita)
Ke-4 Serangan Kaki (Wanita)
Ke-4 Serangan Pisau (Lelaki)
Ke-4 5 Serang 1 Kreatif (Wanita)

   Buat julung kalinya, UIA Gombak telah menjadi juara untuk lebih dari satu acara...mengatasi kejayaan pada tahun lepas, di mana buat julung kalinya UIA mendapat pingat Emas. Tahniah diucapkan diatas pencapaian yang cemerlang. Semoga skuad Wajadiri UIA akan mendapat yang lebih baik lagi pada tahun hadapan.